Official Portal for KLIA College

klia logo png

DK375(N)

Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA terima ISO 9001:2015

SEPANG 24 Nov. – Kolej Profesional dan Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerima perakuan Standard Malaysia (MS) ISO 9001:2015 kerana berjaya memenuhi standard SIRIM.

Perakuan itu diumumkan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA Kali Keenam yang berlangsung di sini hari ini.

Sijil perakuan disampaikan oleh Ketua Seksyen Perkhidmatan Jabatan Persijilan Sistem Pengurusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Fauziah Sulaiman kepada Ketua Eksekutif Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA, Ir. Kamarulzaman Musa.

Majlis itu diadakan bertujuan meraikan 276 graduan daripada Diploma Profesional Pengurusan Pembinaan, Diploma Pengurusan Pentadbiran Perniagaan, Diploma Pengurusan Penerbangan dan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Dalam majlis sama itu, dua tokoh menerima anugerah iaitu Datuk Ir. Abdul Nasir Abdul Razak yang merangkul Anugerah Tokoh Industri Penerbangan manakala Ir. Bakri Ishak, diumumkan penerima Anugerah Tokoh Industri Pembinaan.

Pada majlis sama juga, seorang graduan wanita yang merupakan lulusan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Nazwin Azman dinobatkan pelajar terbaik dengan menerima Anugerah Tan Sri Ir. Jamilus.

Kesemua anugerah dan sijil diploma disampaikan oleh Presiden KLIA Premier Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Dr. Ir. Jamilus Hussein. – UTUSAN ONLINE