Loading...

Empat Institusi Meterai MoU Dengan KUIPs

Bernama : Tarikh kemaskini: 23/10/2017

KANGAR, 23 Okt (Bernama) -- Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) maju setapak lagi apabila menjalinkan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan empat institusi pendidikan terkenal di dalam dan luar negara hari ini.

Majlis menandatangani MoU itu dimeterai sempena Istiadat Konvokesyen Pertama KUIPs di Auditorium Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kangar yang turut disaksikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor KUIPs.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIPS, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said turut menyaksikan majlis menandatangani MoU itu.

Rektor KUIPs Mejar (K) Dr Mohd Mizan Muhammad Aslam berkata empat institusi berkenaan ialah Kolej Insaniah (KUIN), KLIA Professional and Management College (KLIA College), Universiti Islam Riau (UIN) Indonesia dan Institut Agama Islam Negeri Padangsimpuan, Indonesia (IAIN).

KUIN diwakili oleh Rektornya Prof Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, KLIA College oleh Ketua Eksekutifnya Mejar Ir Kamarulzaman Musa, manakala UIN oleh Rektornya Prof Dr H. Syafrinaldi dan IAIN oleh Rektornya Dr H. Ibrahim Siregar menandatangani MoU itu.

 

Bernama1
Bernama2
Bernama3
Bernama4

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1402982

About us

KLIA College is subsidiary of KLIA Premier Holdings Sdn. Bhd. KLIA College offers various management programs for professionals in aviation, business, contruction, and safety and health industries.