Loading...

 

SEPANG 24 Nov. – Kolej Profesional dan Pengurusan Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menawarkan empat kursus baharu diploma pada 2019.

Presiden KLIA Premier Hol­dings Sdn. Bhd., Tan Sri Dr. Ir. Jamilus Hussein berkata, empat kursus tersebut adalah Diploma Kejuruteraan Pembinaan, Dip­loma Pelancongan, Diploma Hospitaliti dan Diploma Lif dan Eskelator.

“Buat masa ini, kita menawarkan lima kursus diploma dan sekiranya usaha kami ini mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), insya-Allah sembilan kursus akan ditawarkan.

“Penawaran kursus ini dibuat mengikut keperluan masa kini iaitu sejajar Revolusi Industri 4.0 dan menepati kehendak pasaran kerjaya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA di sini hari ini.

Menurutnya, kampus Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA di sini dijangka berpindah di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan pada tahun depan bagi menampung pertambahan pelajar.

Katanya, pelbagai usaha di­ran­cang pihaknya termasuk menam­bah baik fasiliti dan mo­dul pengajaran selaras kehendak masa kini.

“Malah kolej ini menerima perakuan Standard Malaysia (MS) ISO 9001:2015 baru-baru ini kerana berjaya memenuhi standard SIRIM, ini sedikit sebanyak melonjakkan nama kami dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasio­nal (TVET),” katanya.

Terdahulu, Jamilus me­nyam­paikan diploma kepada 276 gra­du­an daripada jurusan Profesional Pengurusan Pembina­an, Pengurusan Pentadbiran Per­niagaan, Pengurusan Penerba­ngan serta Keselamatan dan Ke­sihatan Pekerjaan.

Dalam majlis itu, dua indivi­du menerima anugerah iaitu Da­tuk Ir. Abdul Nasir Abdul Razak yang merangkul Anuge­rah To­koh Industri Penerba­ngan, ma­na­kala Ir. Bakri Ishak diumum penerima Anugerah Tokoh Industri Pembinaan.

Pada majlis sama juga, seorang graduan wanita yang merupakan lulusan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Nazwin Az­man dinobatkan pelajar terbaik dengan menerima Anugerah Tan Sri Ir. Jamilus.

About us

KLIA College is subsidiary of KLIA Premier Holdings Sdn. Bhd. KLIA College offers various management programs for professionals in aviation, business, contruction, and safety and health industries.